A. Tentang Air Minuman Kita
Apakah definisi air?
Secara saintifik, air ialah gabungan H2O semata –mata (2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen).
Mengapa air penting terhadap badan manusia?
Air ialah asas kehidupan manusia. Ia mengawal dan menyelaras sistem penghadaman, detoksifikasi/sistem perkumuhan dan menyelaraskan suhu badan. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan badan dan berat badan.
Adakah air dari paip air selamat diminum?
Di kebanyakan negara, air dirawat sebelum disalur kepada pengguna dan ada yang minum air terus dari paip. Ini menunjukkan bahawa air tersebut adalah 'selamat' atau dalam erti kata lain, 'boleh diminum'.
Di Malaysia, walaupun saya tidak kenal sesiapa yang minum air secara terus dari paip, tetapi kita akan terminum sedikit air paip setiap kali kita mengosok gigi. Memandangkan kita tidak mengalami kesakitan serta-merta atau masalah kesihatan, maka kita boleh menganggap air yang disalur ke rumah kita adalah 'selamat' diminium.
Adakah air paip menyihatkan?
Ramai di antara penduduk Malaysia yang saya temui kurang pasti tentang perkara ini. Oleh itu, kita harus mempertimbangkan bahawa 'selamat' tidak selalunya bermaksud 'sihat'. Untuk menerangkan maksudnya, satu analogi yang selalu saya gunakan ialah: Sekiranya anda berada di sebuah negara yang mundur, adakah anda akan pilih untuk makan di sebuah gerai tempatan atau di sebuah kedai makanan segera berangkaian antarabangsa?
Saya percaya hampir semua orang akan setuju bahawa makanan segera ialah pilihan 'selamat'. Akan tetapi, adakah anda akan makan makanan segera setiap hari walaupun ia adalah selamat? Harap–harap tidak! Oleh itu, 'selamat' tidak selalunya bersamaan dengan sihat melalui contoh ini.
Bagaimana pula dengan ubat-ubatan yang berbahaya dalam air?
Sebenarnya ubat-ubatan farmaseutikal – termasuk ubat penenang, ubat sakit jantung dan hormon jantina – melepasi proses rawatan air buangan yang moden dan meresap ke dalam bekalan air minuman seluruh dunia.
Mungkin tiada kesan buruk serta-merta apabila meminum air yang mengandungi sedikit sisa-sisa ubatan, tetapi dalam jangka masa yang lama, ia berpotensi membawa kesan mudarat pada kesihatan seseorang. Alasannya agak mudah: Ubat-ubatan dicipta khas untuk membawa kesan tertentu terhadap badan munusia walaupun dalam dosej yang rendah.
Adakah ini satu ancaman di Malaysia?
Pada saya, ini ialah ancaman kepada mana-mana negara yang penduduknya mengambil ubat-ubatan. Badan manusia sentiasa berfungsi pada cara yang sama, cara rawatan air juga adalah sama dan cara pembuangan ubat-ubatan yang tidak digunakan juga adalah sama. Oleh itu, masakan kita boleh mengharapkan keputusan yang berlainan?
Adakah terdapat sebarang ujian yang telah dilakukan terhadap isu ini?
Setakat hari ini, masih tidak ada permintaan secara mandat untuk menjalankan ujian atas kandungan ubat-ubatan farmaseutikal dalam air minuman. Sebenarnya, masih belum ada tahap keselamatan yang ditetapkan terhadap ubat-ubatan dalam air. Walau bagaimana pun, semenjak laporan siasatan AP selama 5 bulan dipaparkan pada bulan Mac tahun ini, perbincangan secara aktif telah dijalankan. Saya yakin bahawa anda tidak mahu anak anda meminum hormon jantina atau ubat-ubatan lain yang ditemui dalam air minuman seluruh dunia.
Bagaimana pula dengan bahan pencemar yang lain?
Ubat-ubatan ialah ancaman air terkini yang dilaporkan, tetapi ia mungkin bukan ancaman yang tunggal. Mengikut laporan Earth Day Network yang disiarkan di CNN, 14 juta penduduk Amerika minum air yang tercemar dengan racun rumpai setiap hari.
Di New Zealand, air bawah tanah Southland telah dikenal pasti mengandungi paras nitrat yang semakin melebihi tahap keselamatan. Kandungan nitrat yang tinggi berkait rapat dengan penyakit yang digelar 'Simpton Bayi Biru'. Air minuman yang mengandungi nitrat adalah sangat merbahaya kepada bayi, ibu mengandung serta janin.
Sistem rawatan air gagal menyingkirkan banyak jenis bahan pencemar. Adakah ini meningkatkan paras bahaya dalam air?
Laporan AP menunjukkan bahawa bahan disinfeksi kuat yang dikenali sebagai klorin digunakan untuk membunuh kuman dan virus. Akan tetapi, laporan yang sama juga menunjukkan bahawa klorin sebenarnya boleh menyebabkan sesetengah jenis pencemar farmaseutikal menjadi lebih merbahaya. Klorin bertindak-balas dengan bahan organik secara semula jadi dalam logi, sungai dan punca air yang merupakan sumber bekalan air minuman. Tindak balas ini menghasilkan bahan sampingan disinfeksi (DBP) seperti Trihalometana.
DBP ialah penyebab penyakit kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang minum air yang merngandungi klorin mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap beberapa jenis penyakit kanser berbanding dengan mereka yang tidak minum air yang berklorin. Ini merupakan salah satu sebab mengapa paras DBP dikawal secara ketat di kebanyakan negara.
Mengikut kajian pekerja alam sekitar yang diterbitkan pada tahun 2005, air paip yang disalurkan kepada 178,679,000 penduduk di 41 buah negeri di Amerika, mengandungi 44 jenis pencemar bahan sampingan proses rawatan, penyimpanan serta penghantaran air.
Adakah kita memerlukan air yang 'baik' untuk kesihatan yang baik?
Hampir 70% badan manusia terdiri daripada air! Bagaimanakah kita boleh mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya kita tidak minum air yang 'baik'?
Mineral adalah baik untuk kesihatan, jadi, betulkah air minuman patut mengandungi mineral-mineral?
Walaupun terdapat pendapat yang bercanggahan, saya amat pasti yang kita tidak memerlukan atau mahu mineral dalam air kita.
Pertama, kebanyakan mineral dalam air adalah tidak organik (daripada batu–batan yang berlarutan) dan sukar diuraikan atau digunakan oleh badan kita. Kedua, walaupun badan kita boleh menggunakannya, tiada sistem rawatan air dalam rumah yang mampu membezakan mineral yang 'baik' seperti kalsium atau magnesium dengan mineral yang 'buruk' seperti nitrat, arsenik, plumbum dan sebagainya.
Alam semula jadi membekalkan bumi dengan air melalui hujan atau salji yang langsung tidak mengandungi sebarang mineral. Tidak ada sebab mengapa air minuman kita mesti berbeza.
Ketiga, segelas susu mengandungi lebih banyak kalsium daripada 500 liter air paip secara purata. Untuk mendapat kandungan kalsium yang bersamaan dengan segelas susu, anda perlu minum sekurang-kurangnya 500 liter air paip setiap hari, yang sememangnya tidak mungkin berlaku.
Bagaimanakah kita memilih sistem rawatan air di rumah?
Kita seharusnya membezakan di antara sistem penapisan air dengan sistem penulenan air. Sistem penapisan air secara asas hanya menyingkirkan segelintir partikel dan mungkin bau dan warna air. Tetapi, sistem penulenan yang direka khas melakukan jauh lebih banyak daripada itu.
Tidak kira sama ada ia suatu sistem penapisan, pancaran UV, penyulingan atau penulenan, fungsinya adalah untuk membersih serta meningkatkan kualiti air. Oleh itu, pilihlah sistem yang bukan sahaja mampu meningkatkan rasa atau warna tetapi mampu menyingkirkan pencemar lain yang selalu dijumpai dalam air.
Kajilah teknologi yang digunakan, jenis pencemar yang boleh disingkirkan, perkhidmatan selepas pembelian anda, berapa tahun syarikat tersebut terlibat dalam perniagaan tersebut dan adakah produk tersebut diiktiraf oleh badan berdikari antarabangsa. Kesemua ini harus diberi perhatian.
Apakah sistem rawatan air yang terbaik?
Salah satu cara terbaik untuk menghasilkan air tulen, iaitu H2O sahaja adalah melalui proses osmosis songsang (RO).
B. Tentang Osmosis Songsang (RO)
Apakah itu proses RO?
Ia dicipta pada awal tahun 1950. Teknologi ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia disempurnakan di mana ia menyerupai proses penulenan alam semula jadi yang unik.
Air dipaksa (dengan tekanan) melalui membran yang istimewa dan ditulenkan ke tahap molekul. Liang yang amat kecil (atau pembukaan) pada permukaan membran hanya membenarkan molekul air melaluinya. Hampir kesemua pencemar termasuk sisa–sisa ubat-ubatan tidak mampu melalui membran ini.
Apakah itu membran?
Membran RO yang separuh terap ini menyerupai fungsi dinding membran sel hidup. Liang-liang dinding begitu kecil sehingga hampir kesemua pencemar terhalang. Membran menghalang hampir kesemua pencemar (walaupun saiznya amat kecil) dan pada masa yang sama membenarkan molekul H20 (air) melepasinya.
Dalam sistem RO yang berkualiti tinggi, keberkesanan liang membran adalah 0.0001 mikron ukuran garis pusat, iaitu bersamaan dengan 500,000 kali ganda lebih kecil berbanding dengan garis pusat rambut kita.
Berikut ialah carta yang menunjukkan saiz pelbagai pencemar air:
Pencemar | Saiz partikel |
Rambut/Abu | 20 - 80 mikron |
Bakteria | 0.1 - 3 mikron |
Virus | 0.004 - 0.1 mikron |
Bahan Kimia Bukan Organik | > 0.0001 mikron |
Logam berat terlarut/garam | > 0.0001 mikron |
Di mana dan bagaimana RO digunakan selain daripada digunakan dalam sistem penulenan air minuman di rumah?
RO digunakan oleh banyak syarikat multi-nasional, terutama yang terlibat dalam industri makanan dan minuman seperti air botol dan minuman ringan, dan industri-industri di mana bekalan air tulen adalah sangat penting seperti syarikat farmaseutikal dan pembuatan mikrocip. Rawatan hemodialisis dan kilang penyahgaraman seluruh dunia, termasuk Newater di Singapura juga menggunakan teknologi RO untuk menukar air laut kepada air minuman.
Bagaimana air RO berbeza daripada air tapisan yang lain?
RO boleh menyingkir partikel dan bahan terlarut sekecil 0.0001 mikron. Ia menyingkir hampir kesemua bahan pencemar seperti pencemar biologikal, bahan kimia organik, mineral bukan oganik, produk sampingan disinfeksi, kesan ubat-ubatan dan lain-lain. Yang penting sekali, anda memperoleh air tulen sahaja.
Memandangkan semua sistem RO menggunakan membran, adakah ini bermakna kesemuanya sama bagus?
Salah. Anda mendapat apa yang anda bayar. Terdapat pelbagai gred membran RO yang berbeza. Tambahan pula, penapis dan membran tersembunyi daripada penglihatan, anda tidak dapat mengenal pasti jika jaminannya adalah betul. Komponen lain dalam unit mungkin juga menyumbang kepada pencemaran semula. Di situlah pensijilan antarabangsa menjadi faktor penting.
Bolehkah air menjadi terlalu tulen untuk kesihatan?
Pastinya tidak! Ini adalah seperti mengatakan bahawa makanan kita terlalu tulen, atau udara terlalu tulen! Sebenarnya, air yang tulen akan membantu membersihkan badan kita serta menguatkan sistem badan kita.
Perlukah kita minum air beralkali untuk kesihatan badan kita?
Memang benar 80% daripada makanan yang kita makan patut bersifat alkali secara semula jadi, namun bukan untuk air. Air bukan pembekal nutrien. Air tulen secara semula jadi bersifat asid. Setitis air hujan terbentuk dengan pH lebih kurang 5.7. Oleh itu, alam semula jadi membekalkan air yang rendah dari segi pH.
Adakah air RO yand rendah pH-nya tidak sihat?
pH air tulen tidak ada kena mengena dengan kesihatan air. Apabila anda telan air tulen, badan anda akan menukar pHnya mengikut keperluan pada masa itu. Oleh itu, kita tidak perlu bimbang. Sebagai contoh, jus oren adalah 10,000 kali ganda lebih berasid daripada air RO, tetapi ia masih minuman yang sihat!
C. Tentang ELKEN BIO PURE
Di manakah saya boleh membeli seunit Elken Bio Pure?
Elken Bio Pure boleh didapati dari lebih 100 stokis di Malaysia dan enam buah negara lain - Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan India.
Adakah bil air saya akan naik mendadak dengan penggunaan sistem Bio Pure?
Sudah pasti tidak. Dalam kebanyakan kes, pertambahannya adalah kurang daripada $1 USD setiap bulan secara purata.
Beberapa banyak air yang akan disimbahkan (air simbahan) untuk menghasilkan 1 liter air tulen?
Untuk menghasilkan satu liter air tulen, 3 liter air disimbahkan. Walaupun ia dilihat sebagai meggunakan banyak air berbanding dengan air tulen yang dihasilkan, carta berikut menunjukkan jumlah kos air simbahan harian/bulanan. Sekiranya anda tidak mahu membazir, anda boleh mengumpul air simbahan tersebut untuk tujuan pencucian lain.
Air yang dihasilkan oleh Elken Bio Pure | Air Simbahan | Kos Air |
Sehari: 10 liter | 30 liter | *1,000 liter = RM0.57 30 liter = RM0.017 |
Sebulan: 300 liter | 900 liter | 900 liter = RM0.52 |
Apakah perbezaan Elken Bio Pure berbanding dengan sistem lain?
Elken Bio Pure bukan sahaja menggunakan system RO iaitu system dengan teknologi terbaik tetapi juga mendapat Mohor Emas WQA, satu daripada mohor yang berprestij untuk kualiti dan perlaksanaan. Malah, Elken Bio Pure adalah satu-satunya system membran yang mendapat Mohor Emas S-300 di Asia.
Apakah teknologi lain yang digunakan di pasaran dan bagaimanakah mereka berbanding dengan Elken Bio Pure?
Terdapat pelbagai cara rawatan air yang digunakan pada hari ini, termasuk karbon aktif , sinar ultraungu dan teknologi penulenan membran RO.
Karbon aktif digabung dengan sinar ultraungu adalah berkesan dalam menyingkirkan bahan kimia organik seperti racun serangga dan racun rumpai serta pencemar biologi seperti bakteria dan virus tetapi ia tidak berkesan dalam penyingkiran pencemar tidak organik seperti pepejal terlarut (nitrat dan arsenik) dan logam berat seperti plumbun dan kadmium.
Membran RO digabung dengan karbon aktif menyingkir hampir semua pencemar termasuk mineral tidak organik, klorin dan produk sampingan disinfeksi.
Elken Bio Pure menggunakan kedua-dua karbon aktif dan membran RO.
Apakah kelebihannya yang lain?
Syarikat menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang diiktiraf dengan sijil ISO, yang mempunyai lebih daripada 120 orang juruteknik, 100 buah kenderaan perkhidmatan dan 15 pusat perkhidmatan. Mereka juga menyediakan jaminan perkhidmatan dan alat-ganti yang jati.